Pesanan mesra pelanggan kepada semua pengguna kereta yang ingin memasuki negara Thailand, khususnya bagi mereka yang memandu kenderaan yang bukan milik atas nama sendiri, perlulah membuat Akuan Berkanun kebenaran membawa kereta dari Pemilik terlebih dahulu. Syarat ini dikenakan oleh kerajaan Negara Thailand untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku di negara jiran tersebut.
mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa2 affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah Civil dan Syari'ah.
Wednesday 29 November 2017
Saturday 16 September 2017
LAMAN WEB KEDUA DILANCARKAN - sebagai alternatif
Alhamdulillah,
selepas hampir setahun melancarkan Google My Business, inilah masa yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk saya mengemas kini laman web kedua, di bawah Google. Laman web tersebut boleh dilayari melalui :
Laman Web Pesuruhjaya Sumpah Kedua
selepas hampir setahun melancarkan Google My Business, inilah masa yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk saya mengemas kini laman web kedua, di bawah Google. Laman web tersebut boleh dilayari melalui :
Wednesday 13 September 2017
SYARAT UNTUK MEMBELI TANAH DI NEGERI KELANTAN
Saya banyak terima pertanyaan dari client dan deponen saya tentang kelayakan bagi mereka yang berhasrat untuk membeli tanah di negeri Kelantan. Pertanyaan ini timbul kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa jual beli tanah yang tersendiri yang tertakluk kepada Enakmen Negeri dan berlainan dari negeri ke negeri lain :
Antara syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut:
1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.
2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.
3. Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.
4. Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.
Wednesday 6 September 2017
PESANAN MESRA KEPADA SEMUA PESURUHJAYA SUMPAH NEGERI SEMBILAN
Soksek-soksek yang hamba dengar dari rakan di bilik sebelah ada berbisik beritahu bahawa BUKU DAFTAR Pesuruhjaya Sumpah dari kalangan Awam dan Persendirian akan dibuat semakan pada 11 SEPTEMBER , 2017 bersamaan dengan HARI ISNIN minggu depan.
Sebagaimana dalam KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993, dalam Perkara 14. Penyenggaraan daftar, ada disebut bahawa :
14.(1) Seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menyenggara suatu daftar yang dalamnya hendaklah direkodkan butir-butir perkhidmatan yang telah diberikannya termasuk semua ikrar, akuan, akuterimaan, afidavit dan suratcara lain yang padanya Pesuruhjaya itu telah meletakkan meterainya. Daftar itu hendaklah seperti dalam Borang 7.
Justeru, hamba nak berkongsi berita gumbira ini kepada seluruh sahabat Pesuruhjaya Sumpah khususnya di Negeri Sembilan, nak berpesan supaya membuat persediaan awal dengan memastikan BUKU DAFTAR tersebut disenggara dengan tertib, kemas, jelas dan betul. Buku Daftar inilah nanti akan jadi bukti kukuh bahawa deponen telah benar-benar hadir di hadapan seseorang Pesuruhjaya Sumpah
Kerana antara lain maklumat yang perlu dikemukakan juga ialah :
( 1 ) Buku Daftar tahun 2016 dan 2017.
( 2 ) Contoh Cop Meterai dan Cop Alamat
( 3 ) Contoh Tanda Nama (Fotostat)
( 4 ) Salinn Sijil Pesuruhjaya Sumpah
( 5 ) Penyata Pendapatan Tahunan 2016
Pesanan mesra ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi sekadar untuk buka minda dan celik hati kepada orang ramai yang mengambil mudah juga kepada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang tidak menerima maklumat ini.
Sunday 14 May 2017
PENYERAGAMAN NAMA PENERIMA PADA CEK TERIMAAN
Unit Pesuruhjaya Sumpah, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia yang bertempat di Menara Kehakiman ( Palace Of Justice - POJ ) Putrajaya telah mengeluarkan satu pekeliling baru berkenaan dengan penyeragaman bagi nama penerima pada cek terimaan bagi fi bayaran perlantikan baru dan perlantikan semula Pesuruhjaya Sumpah. Difahamkan bahawa pekeliling ini telah lama diterima dan dimaklumkan melalui Kaunter-Kaunter dan Papan-Papan Kenyataan Mahkamah seluruh Malaysia juga telah dihantar Surat-Surat Pekeliling kepada pejabat-pejabat Peguam seluruh Malaysia, iaitu pengua kuasaan telah bermula pada 1 Februari 2017 lagi.
Untuk mengesahkan lagi penyeragaman tersebut, email makluman telah dihantar kepada semua Pesuruhjaya Sumpah seluruh Malaysia. Makluman tersebut menyatakan bahawa sebarang Cek atau Bank Deraf atau Wang Pos yang hendak dibayar kepada Mahkamah Persekutuan hendaklah dibuat atas nama " AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA ". Ini termasuklah untuk tujaun pembayaran Fi bagi perlantikan baru atau perlantikan semula Pesuruhjaya Sumpah.
Thursday 4 May 2017
PERMOHONAN UNTUK PESURUHJAYA SUMPAH TAHUN INI DITUTUP
Terkini Bahagian Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah Persekutuan telah memuat naik status di laman Facebook yang mengisytiharkan bahawa pada tahun 2017, semua permohonan khidmatan Pesuruhjaya Sumpah untuk seluruh Malaysia telah ditutup
Walaupun agak terkejut dengan status terkini tersebut, namun ianya merupakan isyarat bahawa UPJS dalam usaha membuat beberapa penambah baikan keseluruhan bagi memperbaiki mutu profession Pesuruhjaya Sumpah dan juga menaik taraf perkhidmatan akuan sumpan agar terus dikenali dan dihormati oleh masyarakat.
Moga usaha mereka ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan diberkati oleh ALLAH SWT. Aamiiiiiiiiiin
Wednesday 22 March 2017
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN - KEPADA 520 ORANG BAKAL PESURUHJAYA SUMPAH SELURUH NEGARA
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya, 'Good Luck' dan Selamat Mengahadapi Peperiksaan kepada semua bakal PJS yang akan menduduki peperiksaan, sessi pagi dan sessi petang di Menara Kehakiman hari ini. Boleh dikatakanlah... hari ini adalah hari bersejarah juga lah... sebab semenjak diadakan Peperiksaan, setahu saya inilah pertama kali suasana dalam Dewan Peperiksaan akan dipancarkan secara langsung kepada dunia luar.
Ini dimaklumkan melalui laman facebook yang dimuat naik oleh Unit PJS sendiri kelmarin :
Saya pun turut teransang, teruja dan menggamit kenangan silam dengan peristiwa hari ini. Bagi mereka yang ingin merasai dan melihat sendiri suasana peperiksaan, boleh melayari laman facebook Unit PJS :
Tentunya masa hari peperiksaaan saya tahun lepas sangat berbeza. Dewan peperiksaan bukan dibuat dalam bentuk perkumpulan, tetapi perseorangan dan berjauhan antara satu sama lain. Nak toleh geng2 kiri kerr.. kanan kerr... tak berani wooo!! TAKUUUT! Sampai sanggup men'kuarantinkan' diri sendiri di dalam 'library' untuk membaca buku dan menghafal Kaedah2 di saat2 akhir. Buka Buku tidak dibenarkan. Soalan2 pulak pelbagai iaitu ada dalam bentuk Objektif, Subjektif dan Essei. Masa diperuntukkan bagi kami ialah selama 2 jam untuk menjawab soalan2 tersebut. Mahu tak lajuu menulis, tulisan tunggang langgang, janji jawapan tepat...hihii
Walau bagaimanapun, do'a saya kepada ALLAH SWT mengiringi usaha dan ikhtiar Tuan2/Puan2. Semoga bersama2 dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat nanti.
Walau bagaimanapun, do'a saya kepada ALLAH SWT mengiringi usaha dan ikhtiar Tuan2/Puan2. Semoga bersama2 dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)