SOALAN-SOALAN LAZIM DITANYA
Soalan: Adakah Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) WNI boleh digunakan sebagai dokumen Pengenalan diri untukmembuat akuan sumpah?
Jawapan : Ya
Soalan: Adakah pemegang Kad UNHCR boleh mengangkat sumpah?
Soalan : Adakah dokumen pengenalan diri selain dari Kad Pengenalan dan Pasport boleh digunakan untuk mengangkat sumpah?

Jawapan : Ya.
Untuk warga asing. Selain dari passport antarabangsa sebagai pengenalan diri, kad UNHCR ( United Nations High Commissioners for Refugees ) atau dikenali sebagai pelarian 'United Nations' juga boleh digunakan untuk kad pengenalan diri yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
Soalan: Adakah kanak-kanak boleh untuk mengangkat sumpah?
Jawapan : Ya.
Semua PJS perlu memastikan perkara sama seperti yang dilakukan ke atas deponen dewasa. Sebagai tambahan daripada itu, PJS perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar faham akan perkara yang ingin diikrarkan dan kanak-kanak tersebut perlu hadir bersama waris beliau. Namun begitu, sekiranya perkara yang hendak diikrarkan tersebut tidak memberi kebaikan kepada kanak-kanak (Contoh: wujud elemen paksaan oleh waris), maka adalah dinasihatkan supaya PJS tidak menandatangani akuan tersebut dan menolaknya selaras dengan kaedah 13 (2) (e).
Semua PJS perlu memastikan perkara sama seperti yang dilakukan ke atas deponen dewasa. Sebagai tambahan daripada itu, PJS perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar faham akan perkara yang ingin diikrarkan dan kanak-kanak tersebut perlu hadir bersama waris beliau. Namun begitu, sekiranya perkara yang hendak diikrarkan tersebut tidak memberi kebaikan kepada kanak-kanak (Contoh: wujud elemen paksaan oleh waris), maka adalah dinasihatkan supaya PJS tidak menandatangani akuan tersebut dan menolaknya selaras dengan kaedah 13 (2) (e).
Soalan : Adakah dokumen pengenalan diri selain dari Kad Pengenalan dan Pasport boleh digunakan untuk mengangkat sumpah?
Jawapan : Ya.
Apa-apa dokumen pengenalan diri boleh digunakan untuk menetusahkan identiti seseorang deponen sekalipun Kaedah 13 (2)(a) hanya menyebut berkenaan dengan Kad Pengenalan dan Pasport. Matlamat peruntukan ini adalah untuk menentusahkan identiti bahawa orang yang hadir di hadapan PJS adalah orang yang seperti tercatit di dalam surat akuan tersebut. Untuk menentusahkan identiti seseorang, banyak dokumen yang boleh digunakan termasuklah dokumen lain selain dari kad pengenalan dan pasport seperti kad UNHCR, lesen, kad pelajar, kad pelarian dan sebagainya. Akhirnya perkara penting di dalam peruntukan ini adalah menetusahkan identiti deponen.
Soalan : Di manakah saya boleh rujuk sekiranya saya memerlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah yang terdekat dengan tempat di mana saya tinggal?
Pesuruhjaya Sumpah Malaysia bukan sahaja dilesenkan kepada kakitangan Kerajaan, tetapi juga kepada para peguam dan individu (Lesen Swasta). Boleh rujuk di laman web ini untuk mengetahui kedudukan Pesuruhjaya Sumpah yang terdepat dengan kawasan anda di sini >>> SENARAI PESURUHJAYA SUMPAH MALAYSIA

No comments:
Post a Comment