Friday, 15 May 2026

DOKUMEN PENGENALAN DIRI & MENIPU DALAM SURAT AKAUN BERKANUN

Pada dasarnya, tugas dan fungsi PJS tidak sampai ke tahap utk kita mengesahkan kesahihan kandungan dokumen yg kita cop itu (not to the extend of verifying the facts/contents of the said SD/Affidavit/Documents). Cukup sekadar reasonable belief that the contents are truth berdasarkan kpd dokumen² lain yg available atau yg dibawa bersama oleh deponen pada masa itu. 

Tugas utama PJS ialah utk menentusahkan (verify) deponen yg hadir ialah orang yang sebenar yang menandatangani SD / Afidavit / Ikrar tersebut berdasarkan kepada dokumen pengenalan diri yg rasmi yang ditunjukkan kpd kita; juga termasuk tugas serta tanggungjawab² lain spt yg disebut dlm Kaedah 11 (2)(a-g) KKPS 2018.

Dokumen pengenalan rasmi pula ialah sebagaimana yg diakui/diiktiraf oleh Kerajaan spt kad pengenalan, pasport, lesen memandu, kad pencen, surat beranak, kad UNHCR yg belum tamat tempoh, dll dokumen rasmi yg dikeluarkan Kerajaan dan diterima umum utk tujuan verifikasi identiti deponen. 

Tanggungjawab kita pula tidaklah sampai perlu menyiasat kesahihan/ketulenan atau "authenticity of such documents" . Pada pandangan saya, cukup sekadar meneliti kesahihan maklumat dlm dokumen tersebut, gambar deponen dsbnya on the surface of it. Kita boleh membuat anggapan yg munasabah (reasonable presumption) that the carrier of the document is also the owner of that document.

Sekiranya kandungan SD/Afidavit atau dokumen itu didapati palsu @ tidak benar, maka ia merupakan satu kesalahan memberi keterangan palsu di bwh Seksyen 199 Kanun Kesiksaan (Penal Code) dibaca bersama dgn Seksyen 191,193 dan 420 Kanun Kesiksaan kerana memberi keterangan palsu. Yang akan dikenakan tindakan ialah deponen iaitu org yg membuat kenyataan palsu tersebut, dan bukannnya PJS. 

Kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas isi kandungan @ content dokumen yg kita cop sumpah tsbt, melainkan jika dibuktikan PJS sendiri yg telah bersubahat (conspired) dlm menyediakan kandungan dokumen tsbt di mana ia juga merupakan satu kesalahan yg boleh dihukum di bawah Kanun Kesiksaan.

W'bagaimanapun, sekiranya PJS mempunyai kepercayaan yg munasabah (reasonable belief), syak-wasangka atau mengetahui bahawa kandungan dokumen tsbt adalah palsu @ tidak benar, maka di bwh Kaedah 11(2)(e)KKPS, PJS dibenarkan (dan digalakkan) utk menolak dari mengakusumpah SD/Afidavit atau dokumen² tsbt.

Sekiranya ada mana-mana Ahli PESUMA yang diugut untuk dibuat laporan polis dan sebagainya atas dakwaan kononnya berkomplot dengan deponen atas suatu perkara yang kita sendiri tidak ada apa-apa makluman atau pengetahuan berkenaannya, boleh hubungi Biro Undang-Undang PESUMA atau mana-mana Ahli Jawatankuasa PESUMA dengan segera untuk dapatkan nasihat guaman atau tindakan yang selanjutnya. 


Kredit to :

Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi

( Biro Undang-Undang PESUMA )

Monday, 2 February 2026

AKUAN BERKANUN UNTUK KERETA SAMBUNG BAYAR

Ramai di kalangan rakan bertanyakan mengenai perjanjian sambung bayar kenderaan.

Malam tadi saya dihubungi rakan minta tolong saya buat satu surat perjanjian.

Saya tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.

Saya cakap, tindakan tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab saya tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.

Saya cakap sangat berisiko. Saya tak nak orang lain cakap, loyer mana yang 'tidak berapa cerdik' yang buat perjanjian kat awak ni?

Kereta tu awak sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan awak. Awak akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta, kemalangan atau kecurian.

Saya cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian saya tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.

Saya cakap surat begini tidak sah dari awal ditulis, ‘not valid, void ab initio' , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara awak dan kawan awak dan bukan bank, tuan sebenar kereta.

Jadi saya cakap saya bukan tidak mahu tolong awak tapi apa guna saya buat surat tetapi tidak laku dan tiada 'legal effect atau implication'

Saya cakap jika tuan kereta mati, awak lagi susah kerana waris yang layak boleh abaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.

Kesian kan? Awak bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.
Awak buat report polis pon, mereka tidak akan layan. Sekadar report aje la.
Tidak adil bukan? Memang tidak adil.

Saya cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan awak nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.

Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang awak akan melopong.

Saya cakap kalau awak nak tolong juga kawan awam, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam awak ni.

Jadi saya minta maaf pada kawan saya sebab saya tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.

Saya cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio ( batal dari permulaan lagi ) diantaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang nak buat ini.

Kisah 2

Saya berhasrat untuk menjual kereta milik saya kepada orang lain tetapi kereta tersebut masih berbaki di finance.

Bolehkah saya membuat satu perjanjian jual beli atau membuat satu akuan bersumpah menyatakan saya telah menjual kereta tersebut kepada orang lain?
Selamatkah saya?

Jawapan saya mudah sahaja.

Perjanjian atau Akuan Sumpah ini penuh berisiko kerana jika pembeli baru tidak menjelaskan bayaran bulanan kepada finance maka finance akan tetap mengambil tindakan undang undang tanpa mengambilkira atau melihat sedikitpun kewujudan Perjanjian Jual Beli atau Akuan Sumpah tersebut.

Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut sebenarnya adalah tidak sah kerana pihak pihak tidak pernah memasukkan nama finance sebagai pembiaya kereta sebagai pihak pihak dalam Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut.

Justru itu dinyatakan sekali lagi bahawa perjanjian yang tidak sah ini tidak dapat dilaksanakan dan risiko kepada tuan punya kereta adalah tindakan undang undang tetap akan dikenakan di atas kegagalan membayar bayaran ansuran bulanan.

Risiko kepada pembeli pula ialah kereta tersebut pada bila bila masa boleh diambil balik oleh tuan kereta sama ada pembeli dapat menjelaskan bayaran ansuran bulanan dengan baik apatah lagi jika bayaran ansuran bulanan gagal disempurnakan oleh pembeli baru kerana nama tuan kereta masih kekal di dalam geran atau suratan hak milik.

Sebenarnya Perjanjian atau Akuan Sumpah ini menyalahi Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 pula menyatakan jenis-jenis perjanjian yang terbatal terutama jika perjanjian yang dibuat itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Perjanjian Sewa Beli 1967 tersebut seperti dalam kes kita ini.

Peguam tidak boleh menyekat mana mana pihak daripada membuat perjanjian jual beli atau Akuan Sumpah namun kami hanya boleh menyatakan bahawa Perjanjian atau Akuan Sumpah tersebut tidak mempunyai sebarang nilai, terbatal dan tidak dapat dilaksanakan.

Waima perjanjian tersebut dimatikan dengan setem, dibuat oleh Peguam (jika ada) Dan disaksikan oleh saksi saksi,ianya memang tidak mempunyai kesan undang undang.

CREDIT TO LAWYER MUHAMMAD HASIF HASAN