Wednesday, 13 September 2017

SYARAT UNTUK MEMBELI TANAH DI NEGERI KELANTAN

Saya banyak terima pertanyaan dari client dan deponen saya tentang kelayakan bagi mereka yang berhasrat untuk membeli tanah di negeri Kelantan. Pertanyaan ini timbul kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa jual beli tanah yang tersendiri yang tertakluk kepada Enakmen Negeri dan berlainan dari negeri ke negeri lain :  

Antara syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut:

1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.

2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.

3. Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.

4. Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.

5.  Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.

6.  Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

No comments:

Post a Comment