Wednesday, 22 March 2017

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN - KEPADA 520 ORANG BAKAL PESURUHJAYA SUMPAH SELURUH NEGARA

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya, 'Good Luck' dan Selamat Mengahadapi Peperiksaan kepada semua bakal PJS yang akan menduduki peperiksaan, sessi pagi dan sessi petang di Menara Kehakiman hari ini. Boleh dikatakanlah... hari ini adalah hari bersejarah juga lah... sebab semenjak diadakan Peperiksaan, setahu saya inilah pertama kali suasana dalam Dewan Peperiksaan akan dipancarkan secara langsung kepada dunia luar.

Ini dimaklumkan melalui laman facebook yang dimuat naik oleh Unit PJS sendiri kelmarin :



Saya pun turut teransang, teruja dan menggamit kenangan silam dengan peristiwa hari ini. Bagi mereka yang ingin merasai dan melihat sendiri suasana peperiksaan, boleh melayari laman facebook Unit PJS :







Tentunya masa hari peperiksaaan saya tahun lepas sangat berbeza. Dewan peperiksaan bukan dibuat dalam bentuk perkumpulan, tetapi perseorangan dan berjauhan antara satu sama lain. Nak toleh geng2 kiri kerr.. kanan kerr... tak berani wooo!! TAKUUUT! Sampai sanggup men'kuarantinkan' diri sendiri di dalam 'library' untuk membaca buku dan menghafal Kaedah2 di saat2 akhir. Buka Buku tidak dibenarkan. Soalan2 pulak pelbagai iaitu ada dalam bentuk Objektif, Subjektif dan Essei. Masa diperuntukkan bagi kami ialah selama 2 jam untuk menjawab soalan2 tersebut. Mahu tak lajuu menulis, tulisan tunggang langgang, janji jawapan tepat...hihii 

Walau bagaimanapun, do'a saya kepada ALLAH SWT mengiringi usaha dan ikhtiar Tuan2/Puan2. Semoga bersama2 dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat nanti. 

Wednesday, 8 February 2017

KESATUAN PESURUHJAYA SUMPAH SELURUH KELANTAN DITUBUHKAN

Sekalung tahniah dan sejambak syabas (nak bagi bunga sengoti terasa macam Mat Bunga pulak!) saya nak hulurkan kepada rakan2 Pesuruhjaya Sumpah saya di negeri Kelantan. Kerana pada HARI KHAMIS, 2 FEBRUARI 2017 yang lepas, akhirnya terbentuk satu Jawatankuasa yang akan mewakili 38 orang Pesuruhjaya2 Sumpah Awam dan 15 orang  Pesuruhjaya2 Sumpah Persendirian ( keseluruhan 53 orang ) dari seluruh negeri Kelantan.
























Bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Mahkamah Tinggi, Kota Bharu dengan dihadiri hampir 30 orang Pesuruhjaya2 Sumpah yang diketuai oleh Pesuruhjaya Sumpah yang lebih senior iaitu En. Abdul Aziz b. Ibrahim , maka barisan Ahli Jawatankuasa yang merangkumi Awam dan Swasta yang terdiri dari 10 orang telah terbentuk. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Yang Dihormati Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kota Bharu iaitu Puan Wan Nurul Hanini bt. Md. Shukri kerana sudi meluangkan masa untuk hadir memberikan sepatah dua kata sebagai peransang dan nasihat, seterusnya  merasmikan perlantikan Ahli Jawatankuasa baru untuk sessi 2017/2018.


ALHAMDULILLAH.   

Monday, 2 January 2017

Kolum baru akan dilancarkan - SOALAN-SOALAN LAZIM atau ( FAQ- Frequently Ask Questions )

SELAMAT BERAZAM BARU TAHUN 2017 😊

Semenjak hari pertama saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sumpah-PJS nii- iaitu detik bersejarahnya pada tanggal 1/11/2016, bukan saya seorang sahaja, malah rakan2 seangkatan yang mengangkat ikrar dan sumpah beramai2 di hadapan Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan tempohari, sering tertanya-tanya di minda masing2 tentang akuan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH diambil Sumpah oleh PJS. Kami PJS keseluruhannya seramai lebih kurang 1,600 orang di pelusuk Malaysia, secara amnya hanya ada 3 kelompok besar iaitu PJS dari kalangan kakitangan Kerajaan (PJS Awam), PJS dari kalangan Peguam dan PJS Persendirian. Semuanya bersedia berkhidmat untuk orang ramai. Sekali imbas tegok tak ada bezanya apa-apa... 

Cumanya.... 'general speaking' di segi Kelakuan dan Tugas2 PJS adalah sama sebagaimana yang disebut di dalam Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Akan tetapi KUASA yang diberikan secara 'de facto' oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara adalah berbeza antara PJS Peguam dan PJS Awam & PJS Persendirian ( Kaedah 12 ). Justeru itu dalam menjalankan tugas kami seharian, tahap pencerapan, ta'akulan maklumat, penguatkuasaan dalam mengambil Akuan Sumpah dan pemahaman adalah berbeza-beza antara PJS-PJS ini. 

MAKA atas tujuan itu, tercetus idea di benak fikiran saya untuk mewujudkan satu kolum baru di laman ini. Dengan harapan dengan adanya ruangan yang dinamakan 'FAQ - Frequently Ask Question' ini akan dijadikan contoh dan panduan kepada Pembaca, Ruangan ini bukannya ditangkap muat begitu saja, tetapi diambil rujukan dari sumber yang sahih iaitu dari pejabat Bahagian Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah Persekutuan, Putraja. Harapannya boleh dijadikan rujukan, bukan sahaja kepada seluruh Pesurhjaya Sumpah di seluruh Malayisia tetapi juga untuk orang ramai. Sesuai dengan slogan kami iaitu " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " 

Wednesday, 28 December 2016

Berita Gembira Untuk Pewaris Tentera (BORANG BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN, PASANGAN & ANAK)

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Saya tertanya-tanya lah juga apa jerr urusan atau Borang yang selalu lah orangramai di sekitar tempat saya ni iaitu bandar Pasir Mas dan sekitarnya? Maka seminggu - dua minggu terakhir ini antara yang urusan yang HOT (selain dari menyelesaikan urusan harta pusaka si mati) ialah tuntutan oleh balu atau waris angkatan tentera. 

Barulah saya tahu bahawa Yayasan Angkatan Tentera Malaysia ialah badan yang ditubuhkan khas untuk membela anggota2 tentera dan seterusnya membela nasib balu atau waris pada si mati yang pernah berkhidmat dalam tentera.

Justeru, untuk memudahkan pewaris membuat tuntutan bagi khairat kematian dan belanja2 urusan jenazah dan pengkebumian anggota tentera tersebut, saya sertakan di sini Borang2 tersebut. ( sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM )


Borang Bantuan Khairat Kematian (Veteran Tidak Berpencen) - BMJ 01




Borang Bantuan Khairat Kematian (Pasangan) - BMJ 02


Borang Khairat Kematian (Anak) - BMJ 03


      

Saturday, 17 December 2016

Pindaan Terbaru (BORANG AKUAN PERMOHONAN LESEN LEMBAGA GETAH MALAYSIA)

Saya ingin 'tabik spring' kepada Unit Bahagian Pesuruhjaya Sumpah (BPJS), Mahkamah Persekutuan Malaysia yang beribu pejabat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ini kerana benar- bukan mereka sekadar 'omong kosong' apabila usaha mereka menyemak dan seterusnya memberi penerangan, membimbing dan mendidik badan-badan Kerajaan lain untuk mematuhi Undang-Undang Malaysia Akta 783 di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (disemak - 2016) dan telah dikuatkuasakan pada 17 November 2016 telah mula menampakkan hasilnya.


Natijahnya- maka pada 16hb Disember 2016 yang lepas, Borang Akuan untuk memohon Lesen dengan salah satu Badan Berkanun iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah dikuatkuasa dengan Borang Akuan format yang baru. TAHNIAH !! TAHNIAH !!    




Pekeliling dari pejabat Bahagian Pesuruhjaya Sumpah




Borang Akuan Lembaga Getah Malaysia ( boleh dimuat-turun )
    

Sunday, 23 October 2016

MUQADDIMAH

Alhamdulillah....Alamdulillah...Alhamdulillah !!!

Bismillahirrah.... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Syukur pada ALLAH SWT kerana dengan qudrah (kuasa) dan iradahnya (kehendaknya) maka terbinalah laman blog ini untuk saya jadikan sebagai wadah dan rujukan untuk mencatit sedikit bingkisan berkaitan dengan kerjaya dan tanggung jawab sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Perjalanan untuk mendapatkan segulung sijil PJS bukanlah mudah kerana borang permohonan telah saya ambil dari pejabat Bahagian Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya semenjak dari tahun lepas lagi iaitu tahun 2015. Borang tersebut perlu saya lampirkan bersama-sama dengan surat pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental dari Hospital Daerah Pasir Mas, juga surat sokongan berkelakuan baik dari 2 orang rakan Sekolah Menengah saya, salinan Sijil SPM dan Ijazah (jika ada) dan surat Insolvensi dari Jabatan Insolvensi Negara. 

Setelah semua dokumen tersebut telah lengkap dan disahkan oleh pegawai Kerajaan, dokumen2 tersebut telah saya hantar sendiri ke Pejabat BPJS di Putrajaya pada Januari 2016. Pada waktu itu, saya difahamkan bahawa perlantikan Pesuruhjaya untuk sesi tahun 2015 baru selesai dan pengambilan untuk Pesuruhjaya Sumpah tahun tersebut belum dimaklumkan bila. Ini kerana kuasa perlantikan, perlantikan semula, pembatalan adalah kuasa mutlak Ketua Hakim Negara. Saya mendo'akan pada ALLAH SWT agar akan ada perlantikan Pesuruhjaya Sumpah pada tahun ini 2016.           

Atas nasihat pegawai di BPJS, saya mula membeli Buku Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 (KKPS 1993) dan buku Kenegaraan Malaysia. Buku KKPS 1993 hanya boleh diperolehi di Toko2 Buku terpilih sahaja! Syukur Alhamdulillah, saya ada rakan baik iaitu seorang penterjemah di Mahkamah Kuantan yang membantu saya mendapatkan buku tersebut di toko buku bandar Kuantan, Pahang. 

Kisah berkenaan dengan bagaimana saya lalui sesi Ujian Bertulis, sessi Temuduga dan sessi Taklimat Pesuruhjaya Sumpah baru akan menyusul kemudian......tungggguuuu!!!