Sunday, 23 October 2016

MUQADDIMAH

Alhamdulillah....Alamdulillah...Alhamdulillah !!!

Bismillahirrah.... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Syukur pada ALLAH SWT kerana dengan qudrah (kuasa) dan iradahnya (kehendaknya) maka terbinalah laman blog ini untuk saya jadikan sebagai wadah dan rujukan untuk mencatit sedikit bingkisan berkaitan dengan kerjaya dan tanggung jawab sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Perjalanan untuk mendapatkan segulung sijil PJS bukanlah mudah kerana borang permohonan telah saya ambil dari pejabat Bahagian Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya semenjak dari tahun lepas lagi iaitu tahun 2015. Borang tersebut perlu saya lampirkan bersama-sama dengan surat pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental dari Hospital Daerah Pasir Mas, juga surat sokongan berkelakuan baik dari 2 orang rakan Sekolah Menengah saya, salinan Sijil SPM dan Ijazah (jika ada) dan surat Insolvensi dari Jabatan Insolvensi Negara. 

Setelah semua dokumen tersebut telah lengkap dan disahkan oleh pegawai Kerajaan, dokumen2 tersebut telah saya hantar sendiri ke Pejabat BPJS di Putrajaya pada Januari 2016. Pada waktu itu, saya difahamkan bahawa perlantikan Pesuruhjaya untuk sesi tahun 2015 baru selesai dan pengambilan untuk Pesuruhjaya Sumpah tahun tersebut belum dimaklumkan bila. Ini kerana kuasa perlantikan, perlantikan semula, pembatalan adalah kuasa mutlak Ketua Hakim Negara. Saya mendo'akan pada ALLAH SWT agar akan ada perlantikan Pesuruhjaya Sumpah pada tahun ini 2016.           

Atas nasihat pegawai di BPJS, saya mula membeli Buku Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 (KKPS 1993) dan buku Kenegaraan Malaysia. Buku KKPS 1993 hanya boleh diperolehi di Toko2 Buku terpilih sahaja! Syukur Alhamdulillah, saya ada rakan baik iaitu seorang penterjemah di Mahkamah Kuantan yang membantu saya mendapatkan buku tersebut di toko buku bandar Kuantan, Pahang. 

Kisah berkenaan dengan bagaimana saya lalui sesi Ujian Bertulis, sessi Temuduga dan sessi Taklimat Pesuruhjaya Sumpah baru akan menyusul kemudian......tungggguuuu!!!

1 comment: