Wednesday 28 July 2021

JANGAN AMBIL TANAH ORG LAIN WALAUPUN SEJENGKAL

Ore kalate nii ada satu istilah yg kita panggil TANAH BATU LADA. Tanah ni popular dan laku kerasss lah sebab sifat tanahnya yang keras, tidak mudah mendap, tidak mudah tumbuh rumput, sesuai utk ditimbun di kaw. tanah yg selalu berlopak dgn takungan air, warnanya kemerah-merahan - sesuai jg utk landscap kaw. rumah kita. Harganya tak mahal sekitar RM110 selori, siap dgn permit dan doket Pjbt. Tanah...tak semahal harga batu kerikil atau batu konkrit. Selalunya ada di tanah2 yg berbukit. Kena guna jentera Case heavy duty lh nk korek.

Nama tanah ni sebenarnya berasal dr nma Kpg. Batu Lada di daerah Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Mcmana ore Kelate blh ciplak dr nma kampung tu pun sy xtahu laa...
Alkisahnya, pemilik tanah 2 dari 3 penama dh pun meninggal dunia. Si pewaris seramai 11 org semuanya bersama dgn seorang Pemilik yg masih HIDUP bila ada sahaja Pembeli yg berminat nk beli tanah Batu Lada nii....maka cepat2 bersetuju dan membuat Surat Persetujuan menjual tanah tersebut kpd broker Jual tanah, siap2 tampal cop jari dan serah sehelai kertas tu pd Pesuruhjaya Sumpah utk disahkan dan tandatangani.
Bila sy tanya dan siasat, dh 10 tahun arwah meninggal. Kenapa lah baru ada nmpak duit nk masyuuk barulah terhegeh2, berebut2 nk selesaikan urusan tanah tuu....dan nk suruh sy sahkan persetujuan!! Oh... meme doklah!
Tanah atau bumi Allah SWT nii sifatnya hidup. Apa shj yg tertanam dalamnya akan tumbuh dan hidup, wpun kita malas nk baja atau siram. Selesaikanlah ia dengan segera sebelum harta tu menjadi fitnah dan ujian pd kita yg hidup niii. Kerana mengambil hasil atau tanah tersebut wpun sejengkal, besarlh akibatnya di alam kubur nnti sahabat...
Banyak hadith Rasulullah SAW yg secara jelas mengecam kpd mereka yg mengambil tanah bukan haknya wpun cuma SEJENGKAL, dan azab Allah tak tertanggung kita menerimanya.... blh rujuk di bawah nii..


#ADA HARTA PUSAKA, SELESAIKANLAH DGN SEGERA !!!

Friday 2 July 2021

FIRMA GUAMAN, PESURUHJAYA SUMPAH DIBENAR BEROPERASI MULAI HARI INI

PETALING JAYA: Perkhidmatan berkaitan guaman, merangkumi firma guaman dan pesuruhjaya sumpah dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Ini susulan kemas kini terbaru oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menukar status sektor berkenaan menjadi perkhidmatan perlu dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Setiausaha Majlis Peguam Shahareen Begum berkata, pihaknya menerima semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri semalam.

“SOP yang sudah dikemas kini itu mengesahkan firma undang-undang diakui sebagai perkhidmatan penting tanpa mengira bidang amalan dan dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 29 Jun (hari ini) tertakluk kepada syarat-syarat,” katanya dalam kenyataan.

Panduan MKN yang dikemas kini pada 28 Jun memaparkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa namun dengan kehadiran kakitangan sokongan dan pengurusan sehingga 60%.

Bagaimanapun, kebenaran untuk beroperasi perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 kendalian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan surat kebenaran boleh dicetak dari portal CIMS jika permohonan diluluskan.

Sebelum ini, firma berkaitan undang-undang diarahkan tutup sepanjang PKP 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

Untuk baca lanjut di pautan bawah :

DIBENAR BEROPERASI DLM PKP 3.0

Tuesday 29 June 2021

KHIDMAT PESURUHJAYA SUMPAH DALAM TEMPOH PKP 3.0 PERLU PERTIMBANGAN KERAJAAN

PETALING JAYA: Persatuan Pesuruhjaya Sumpah Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa kerajaan memberi peluang kepada industri itu meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Hazlin Mohamed berkata, meskipun pesuruhjaya sumpah bukan perkhidmatan perlu, profesion tersebut memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutamanya kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

Sejak PKP dilaksanakan, perkhidmatan ini tidak boleh beroperasi seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum pandemik.

“Bayangkan, purata hampir 30 panggilan diterima oleh kami untuk melakukan pengesahan surat akuan sumpah bagi pelanggan hantar kepada bank dan lain-lain agensi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mereka bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan asalkan perkhidmatan itu dapat diteruskan kepada orang ramai.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa lain membawa perkara ini namun permohonan kami tidak dibenarkan beroperasi,” jelasnya.

Tambah Hazlin, ketika ini, dianggarkan lebih 1,000 pesuruhjaya sumpah terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang terjejas.

“Diharap kerajaan pertimbangkan untuk membenarkan kami beroperasi. Meskipun tidak dibenarkan beroperasi secara penuh sekurang-kurangnya membenarkan kami beroperasi tiga hari seminggu sudah memadai,” katanya. – UTUSAN
Kenyataan penuh di sini :
KENYATAAN AKHAR DALAM UTUSAN MALAYSIA

Sunday 13 June 2021

BAGAIMANA NAK TUNTUT WANG DARI ORANG YANG BERHUTANG DGN KITA DI BAWAH RM5,000

Ya, Anda boleh buat terus dapatkan perintah Mahkamah dengan tuntutan itu kerana ia masih boleh dapatkan perintah di Mahkamah dan nama panggilan tuntutan tersebut adalah "Tuntutan Kecil" (Small Claims)

1) Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes-kes bagi ‘tuntutan kecil’ yang tidak melebihi RM5,000.
2) Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam di Mahkamah Tuntutan Kecil. Walau bagaimanapun, pihak-pihak bebas mendapat khidmat nasihat guaman daripada peguam di luar Mahkamah. Semasa perbicaraan/prosiding, pihak-pihak tidak akan diwakili oleh peguam. Pihak-pihak perlu mengemukakan kesnya sendiri di hadapan Majistret. Kelebihan bagi kes tuntutan kecil ini ialah pihak yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
3) Untuk memfailkan ‘Writ Saman' di Mahkamah Tuntutan Kecil, anda memerlukan BORANG 198 yang mana ianya boleh diperolehi di Mahkamah. FREE JE BORANG NI.. Isi borang tersebut dengan maklumat nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut. Maklumat Defendan, pihak yang dituntut juga perlu disertakan sekali ya. Seterusnya butirkan atau perincikan tuntutan anda di dalam Borang 198 tersebut.
4) Nyatakan apa yang dituntut dan bagaimana tuntutan itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.
5) Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah. Perlu ada 4 salinan dan juga perlu membuat bayaran fi pemfailan.
6) Borang itu akan dimeterai oleh mahkamah dan seterusnya, borang writ itu MESTI diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.
7) Tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu akan ditetapkan. Perbicaraan akan dikendalikan oleh Majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, sediakan segala dokumen yang berkenaan untuk membuktikan kes.
😎
Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa jua perbualan, apa yang dipersetujui akan menjadi bukti keterangan. Jadi segala WhatsApp messages semua, screen shot tauu..
9) Selepas selesai keterangan Plaintif, Defendan pula akan memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, Majistret akan memberi keputusannya.

Wednesday 11 September 2019

TAKRIFAN 'ANAK KELANTAN' YANG LAYAK MEMBELI TANAH DI DALAM NEGERI KELANTAN

Berdasarkan arahan Pengarah Tanah dan Galian, Kelantan, Bilangan 4 Tahun 1998;
Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-
 
1 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu

2 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam

3 - Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan

4 - Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan

5 - Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
 
Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.