Wednesday, 11 September 2019

TAKRIFAN 'ANAK KELANTAN' YANG LAYAK MEMBELI TANAH DI DALAM NEGERI KELANTAN

Berdasarkan arahan Pengarah Tanah dan Galian, Kelantan, Bilangan 4 Tahun 1998;
Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-
 
1 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu

2 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam

3 - Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan

4 - Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan

5 - Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
 
Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

2 comments:

  1. Salam tuan nak tanya. Saya sudah menetap di Kelantan sejak 1995 (lebih 15 tahun) tetapi saya pernah keluar belajar di luar negara selama 6 tahun. Adakah saya boleh membeli rumah tanpa kelulusan exco sebab ic luar Kelantan, ayah bukan orang Kelantan. Ibu orang kelantan

    ReplyDelete
  2. Tuan dibenarkan membeli tanah di dalam negeri Kelantan, dengan syarat kebenaran perlu diangkat kepada mesyuarat Exco terlebih dahulu untuk kelulusan.

    ReplyDelete