Saturday, 16 September 2017

LAMAN WEB KEDUA DILANCARKAN - sebagai alternatif

Alhamdulillah,

selepas hampir setahun melancarkan Google My Business, inilah masa yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk saya mengemas kini laman web kedua, di bawah Google. Laman web tersebut boleh dilayari melalui :  

Laman Web Pesuruhjaya Sumpah Kedua

Wednesday, 13 September 2017

SYARAT UNTUK MEMBELI TANAH DI NEGERI KELANTAN

Saya banyak terima pertanyaan dari client dan deponen saya tentang kelayakan bagi mereka yang berhasrat untuk membeli tanah di negeri Kelantan. Pertanyaan ini timbul kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa jual beli tanah yang tersendiri yang tertakluk kepada Enakmen Negeri dan berlainan dari negeri ke negeri lain :  

Antara syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut:

1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.

2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.

3. Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.

4. Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.

5.  Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.

6.  Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

Wednesday, 6 September 2017

PESANAN MESRA KEPADA SEMUA PESURUHJAYA SUMPAH NEGERI SEMBILAN

Soksek-soksek yang hamba dengar dari rakan di bilik sebelah ada berbisik beritahu bahawa BUKU DAFTAR Pesuruhjaya Sumpah dari kalangan Awam dan Persendirian akan dibuat semakan pada 11 SEPTEMBER , 2017 bersamaan dengan HARI ISNIN minggu depan.

Sebagaimana dalam KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993, dalam Perkara 14. Penyenggaraan daftar, ada disebut bahawa :

14.(1) Seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menyenggara suatu daftar yang dalamnya hendaklah direkodkan butir-butir perkhidmatan yang telah diberikannya termasuk semua ikrar, akuan, akuterimaan, afidavit dan suratcara lain yang padanya Pesuruhjaya itu telah meletakkan meterainya. Daftar itu hendaklah seperti dalam Borang 7.

Justeru, hamba nak berkongsi berita gumbira ini kepada seluruh sahabat Pesuruhjaya Sumpah khususnya di Negeri Sembilan, nak berpesan supaya membuat persediaan awal dengan memastikan BUKU DAFTAR tersebut disenggara dengan tertib, kemas, jelas dan betul. Buku Daftar inilah nanti akan jadi bukti kukuh bahawa deponen telah benar-benar hadir di hadapan seseorang Pesuruhjaya Sumpah 

Kerana antara lain maklumat yang perlu dikemukakan juga ialah :

( 1 ) Buku Daftar tahun 2016 dan 2017.
( 2 ) Contoh Cop Meterai dan Cop Alamat
( 3 ) Contoh Tanda Nama (Fotostat)
( 4 ) Salinn Sijil Pesuruhjaya Sumpah
( 5 ) Penyata Pendapatan Tahunan 2016

Pesanan mesra ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi sekadar untuk buka minda dan celik hati kepada orang ramai yang mengambil mudah juga kepada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang tidak menerima maklumat ini.