Thursday, 9 May 2024

PERBEZAAN GERAN TANAH BERSTATUS HAKMILIK KEKAL - HAKMILIK SEMENTARA DAN JUGA LEASEHOLD - FREEHOLD

Dalam pemilikan tanah, terdapat pelbagai proses yang perlu diikuti untuk mengesahkan pemilikan hartanah tersebut, bahkan ia kadangkala mengambil tempoh berbulan-bulan.

Disebabkan itu, ramai yang kurang diberikan pendedahan mengenai perkara ini. Tambahan lagi, hak pemilikan juga terbahagi kepada dua iaitu hakmilik sementara dan hakmilik kekal.

PERBEZAAN BEGINI

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 perkara yang berbeza. 
Formulanya begini:
  • Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title). 
  • Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold).
Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (FREEHOLD), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title). 

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (LEASEHOLD) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title). 

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah HAKMILIK AKHIR atau masih HAKMILIK SEMENTARA?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah

Jika Hakmilik Sementara: Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D).

Jika Hakmilik Akhir: Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN. 

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah

Jika Pegangan Bebas: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Selama-lamanya".
Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Pajakan 99 Tahun".

Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual atau beli hartanah tersebut. Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur. Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara. 

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu. 

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini. Terima kasih. 

Credit to : Salkukhairi N Sons


Thursday, 7 December 2023

CARA MUDAH UNTUK DAPATKAN NOTARI AWAM DI TEMPAT BERDEKATAN DENGAN ANDA

Sangat Mudah ! Tidak perlu Log In, tetapi boleh buat carian Notari Awam yang berdekatan dengan Tempat Kerja atau Kediaman anda berdasarkan kepada carian Negeri dan Bandar :

SENARAI NOTARI AWAM