mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa2 affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah Civil dan Syari'ah.
Thursday, 10 November 2022
Monday, 24 October 2022
KURSUS PEMANTAPAN PESURUHJAYA SUMPAH
KELEBIHAN
MENJADI AHLI PESUMA
1) Berpeluang menyertai seminar, konvensyen dan
semua aktiviti/riadah yang dianjurkan oleh PESUMA serta dapat mengeratkan
ukhuwah sesama PJS dan UPJS.
2) Kebajikan ahli dibantu apabila menghadapi
musibah seperti sakit, ditimpa bencana dll.
3) Saluran rasmi pada ahli PESUMA menyuarakan
apa-apa hal berkenaan dengan tugas dan kebajikan warga PJS kepada pihak
Berkuasa termasuk pihak Mahkamah;
4) Menambah ilmu dan memperolehi maklumat terkini
berkaitan kerja-kerja yang dijalankan oleh pesuruhjaya sumpah.
5) Membantu ahli PESUMA terutama yang baru
dilantik sebagai PJS untuk mengenali dokumen serta merungkai persoalan berkenaan
dengan dokumen yang mana perlu dan yang mana tidak boleh ditandatangani.
6) Mempersiapkan ahli PESUMA dengan panduan, ilmu
serta pengetahuan yang tepat dan penuh informasi.
7) Mendapat khidmat nasihat dan rundingan perundangan
bagi kes-kes yang melibatkan tindakan tatatertib ke atas ahli-ahli PESUMA.
8) Mendapat potongan harga bagi sebarang program
yang dianjurkan oleh pihak PESUMA kepada ahli-ahli Pesuma yang terlibat
berbanding dengan yuran penyertaan bagi yang bukan ahli.
9) Menyatu serta mengukuhkan
ikatan muhibah, semangat kerjasama dan tolong menolong supaya dapat
meningkatkan peluang perkhidmatan di kalangan ahli PESUMA.
10) Mengekal
dan memelihara semangat setiakawan serta persahabatan antara ahli PESUMA yang
telah berkhidmat dan bersara supaya dapat menjalinkan perhubungan antara mereka
melalui aktiviti persatuan.
11) Menjalinkan
aktiviti amal, sosial, kebudayaan, pendidikan dan aktiviti lain untuk manfaat
ahli -ahli persatuan.
12) Mendapat
bimbingan dan kursus yang sesuai kepada ahli-ahli untuk menjana ekonomi pada masa hadapan dan menjaga kebajikan
ahli-ahli.
13) Menjalin
kerjasama dengan mana-mana pertubuhan dan persatuan seumpamanya termasuk
badan-badan profesional di dalam negeri-negeri di Malaysia dan di luar negara.
14) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan PESUMA.
Sunday, 21 August 2022
Thursday, 19 August 2021
Saturday, 14 August 2021
UMNO DEDAH SURAT AKUAN 13 MP TARIK SOKONGAN TERHADAP PERDANA MENTERI
Lain2 berita mengenai Akuan Berkanun yang telah dibuat di pautan di bawah :
Sunday, 8 August 2021
KEKUATAN SURAT AKUAN BERKANUN BOLEH MENGEKALKAN @ MENUMBANGKAN KERAJAAN
Lain-lain kenyataan boleh diperolehi melalui pautan di bawah :
Thursday, 29 July 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)