Monday, 24 October 2022

KURSUS PEMANTAPAN PESURUHJAYA SUMPAH



 
































































KELEBIHAN MENJADI AHLI PESUMA


1) Berpeluang menyertai seminar, konvensyen dan semua aktiviti/riadah yang dianjurkan oleh PESUMA serta dapat mengeratkan ukhuwah sesama PJS dan UPJS.

2) Kebajikan ahli dibantu apabila menghadapi musibah seperti sakit, ditimpa bencana dll.

3) Saluran rasmi pada ahli PESUMA menyuarakan apa-apa hal berkenaan dengan tugas dan kebajikan warga PJS kepada pihak Berkuasa termasuk pihak Mahkamah;

4) Menambah ilmu dan memperolehi maklumat terkini berkaitan kerja-kerja yang dijalankan oleh pesuruhjaya sumpah.

5) Membantu ahli PESUMA terutama yang baru dilantik sebagai PJS untuk mengenali dokumen serta merungkai persoalan berkenaan dengan dokumen yang mana perlu dan yang mana tidak boleh ditandatangani.

6) Mempersiapkan ahli PESUMA dengan panduan, ilmu serta pengetahuan yang tepat dan penuh informasi.

7) Mendapat khidmat nasihat dan rundingan perundangan bagi kes-kes yang melibatkan tindakan tatatertib ke atas ahli-ahli PESUMA.

8) Mendapat potongan harga bagi sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PESUMA kepada ahli-ahli Pesuma yang terlibat berbanding dengan yuran penyertaan bagi yang bukan ahli.

9) Menyatu serta mengukuhkan ikatan muhibah, semangat kerjasama dan tolong menolong supaya dapat meningkatkan peluang perkhidmatan di kalangan ahli PESUMA.

10) Mengekal dan memelihara semangat setiakawan serta persahabatan antara ahli PESUMA yang telah berkhidmat dan bersara supaya dapat menjalinkan perhubungan antara mereka melalui aktiviti persatuan.

11) Menjalinkan aktiviti amal, sosial, kebudayaan, pendidikan dan aktiviti lain untuk manfaat ahli -ahli persatuan.

12) Mendapat bimbingan dan kursus yang sesuai kepada ahli-ahli untuk menjana ekonomi pada masa hadapan dan menjaga kebajikan ahli-ahli.

13) Menjalin kerjasama dengan mana-mana pertubuhan dan persatuan seumpamanya termasuk badan-badan profesional di dalam negeri-negeri di Malaysia dan di luar negara.

14) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan PESUMA.