Tuesday, 29 June 2021

KHIDMAT PESURUHJAYA SUMPAH DALAM TEMPOH PKP 3.0 PERLU PERTIMBANGAN KERAJAAN

PETALING JAYA: Persatuan Pesuruhjaya Sumpah Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa kerajaan memberi peluang kepada industri itu meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Hazlin Mohamed berkata, meskipun pesuruhjaya sumpah bukan perkhidmatan perlu, profesion tersebut memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutamanya kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

Sejak PKP dilaksanakan, perkhidmatan ini tidak boleh beroperasi seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum pandemik.

“Bayangkan, purata hampir 30 panggilan diterima oleh kami untuk melakukan pengesahan surat akuan sumpah bagi pelanggan hantar kepada bank dan lain-lain agensi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mereka bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan asalkan perkhidmatan itu dapat diteruskan kepada orang ramai.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa lain membawa perkara ini namun permohonan kami tidak dibenarkan beroperasi,” jelasnya.

Tambah Hazlin, ketika ini, dianggarkan lebih 1,000 pesuruhjaya sumpah terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang terjejas.

“Diharap kerajaan pertimbangkan untuk membenarkan kami beroperasi. Meskipun tidak dibenarkan beroperasi secara penuh sekurang-kurangnya membenarkan kami beroperasi tiga hari seminggu sudah memadai,” katanya. – UTUSAN
Kenyataan penuh di sini :
KENYATAAN AKHAR DALAM UTUSAN MALAYSIA

Sunday, 13 June 2021

BAGAIMANA NAK TUNTUT WANG DARI ORANG YANG BERHUTANG DGN KITA DI BAWAH RM5,000

Ya, Anda boleh buat terus dapatkan perintah Mahkamah dengan tuntutan itu kerana ia masih boleh dapatkan perintah di Mahkamah dan nama panggilan tuntutan tersebut adalah "Tuntutan Kecil" (Small Claims)

1) Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes-kes bagi ‘tuntutan kecil’ yang tidak melebihi RM5,000.
2) Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam di Mahkamah Tuntutan Kecil. Walau bagaimanapun, pihak-pihak bebas mendapat khidmat nasihat guaman daripada peguam di luar Mahkamah. Semasa perbicaraan/prosiding, pihak-pihak tidak akan diwakili oleh peguam. Pihak-pihak perlu mengemukakan kesnya sendiri di hadapan Majistret. Kelebihan bagi kes tuntutan kecil ini ialah pihak yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
3) Untuk memfailkan ‘Writ Saman' di Mahkamah Tuntutan Kecil, anda memerlukan BORANG 198 yang mana ianya boleh diperolehi di Mahkamah. FREE JE BORANG NI.. Isi borang tersebut dengan maklumat nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut. Maklumat Defendan, pihak yang dituntut juga perlu disertakan sekali ya. Seterusnya butirkan atau perincikan tuntutan anda di dalam Borang 198 tersebut.
4) Nyatakan apa yang dituntut dan bagaimana tuntutan itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.
5) Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah. Perlu ada 4 salinan dan juga perlu membuat bayaran fi pemfailan.
6) Borang itu akan dimeterai oleh mahkamah dan seterusnya, borang writ itu MESTI diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.
7) Tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu akan ditetapkan. Perbicaraan akan dikendalikan oleh Majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, sediakan segala dokumen yang berkenaan untuk membuktikan kes.
😎
Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa jua perbualan, apa yang dipersetujui akan menjadi bukti keterangan. Jadi segala WhatsApp messages semua, screen shot tauu..
9) Selepas selesai keterangan Plaintif, Defendan pula akan memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, Majistret akan memberi keputusannya.