mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa2 affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah Civil dan Syari'ah.
Saturday 20 July 2024
Monday 15 July 2024
BORANG DDC Baru (Persetujuan/Penolakan) UNTUK HARTA ALIH SAHAJA MULA DIKUATKUASAKAN UNTUK AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 2024
Borang DDC di atas juga boleh dimuat turun dalam bentuk dokumen format PDF dengan menekan pautan DI SINI
Saturday 13 July 2024
Saturday 22 June 2024
Thursday 9 May 2024
PERBEZAAN GERAN TANAH BERSTATUS HAKMILIK KEKAL - HAKMILIK SEMENTARA DAN JUGA LEASEHOLD - FREEHOLD
Dalam pemilikan tanah, terdapat pelbagai proses yang
perlu diikuti untuk mengesahkan pemilikan hartanah tersebut, bahkan ia
kadangkala mengambil tempoh berbulan-bulan.
Disebabkan
itu, ramai yang kurang diberikan pendedahan mengenai perkara ini.
Tambahan lagi, hak pemilikan juga terbahagi kepada dua iaitu hakmilik
sementara dan hakmilik kekal.
PERBEZAAN BEGINI
Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 perkara yang berbeza.
Formulanya begini:
Formulanya begini:
- Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title).
- Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold).
Tetapi
sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (LEASEHOLD)
tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah HAKMILIK AKHIR atau masih HAKMILIK SEMENTARA?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah
Jika Hakmilik Sementara: Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D).
Jika Hakmilik Akhir: Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN.
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah
Jika Pegangan Bebas: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Selama-lamanya".
Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Pajakan 99 Tahun".
Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Pajakan 99 Tahun".
Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?
Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual atau beli hartanah tersebut. Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur. Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.
Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.
Harap tiada lagi yang keliru selepas ini. Terima kasih.
Credit to : Salkukhairi N Sons
Wednesday 10 January 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)