PESURUHJAYA SUMPAH PASIR MAS KELANTAN
mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa2 affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah Civil dan Syari'ah.
Monday, 22 June 2026
Friday, 15 May 2026
DOKUMEN PENGENALAN DIRI & MENIPU DALAM SURAT AKAUN BERKANUN
Pada dasarnya, tugas dan fungsi PJS tidak sampai ke tahap utk kita mengesahkan kesahihan kandungan dokumen yg kita cop itu (not to the extend of verifying the facts/contents of the said SD/Affidavit/Documents). Cukup sekadar reasonable belief that the contents are truth berdasarkan kpd dokumen² lain yg available atau yg dibawa bersama oleh deponen pada masa itu.
Tugas utama PJS ialah utk menentusahkan (verify) deponen yg hadir ialah orang yang sebenar yang menandatangani SD / Afidavit / Ikrar tersebut berdasarkan kepada dokumen pengenalan diri yg rasmi yang ditunjukkan kpd kita; juga termasuk tugas serta tanggungjawab² lain spt yg disebut dlm Kaedah 11 (2)(a-g) KKPS 2018.
Dokumen pengenalan rasmi pula ialah sebagaimana yg diakui/diiktiraf oleh Kerajaan spt kad pengenalan, pasport, lesen memandu, kad pencen, surat beranak, kad UNHCR yg belum tamat tempoh, dll dokumen rasmi yg dikeluarkan Kerajaan dan diterima umum utk tujuan verifikasi identiti deponen.
Tanggungjawab kita pula tidaklah sampai perlu menyiasat kesahihan/ketulenan atau "authenticity of such documents" . Pada pandangan saya, cukup sekadar meneliti kesahihan maklumat dlm dokumen tersebut, gambar deponen dsbnya on the surface of it. Kita boleh membuat anggapan yg munasabah (reasonable presumption) that the carrier of the document is also the owner of that document.
Sekiranya kandungan SD/Afidavit atau dokumen itu didapati palsu @ tidak benar, maka ia merupakan satu kesalahan memberi keterangan palsu di bwh Seksyen 199 Kanun Kesiksaan (Penal Code) dibaca bersama dgn Seksyen 191,193 dan 420 Kanun Kesiksaan kerana memberi keterangan palsu. Yang akan dikenakan tindakan ialah deponen iaitu org yg membuat kenyataan palsu tersebut, dan bukannnya PJS.
Kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas isi kandungan @ content dokumen yg kita cop sumpah tsbt, melainkan jika dibuktikan PJS sendiri yg telah bersubahat (conspired) dlm menyediakan kandungan dokumen tsbt di mana ia juga merupakan satu kesalahan yg boleh dihukum di bawah Kanun Kesiksaan.
W'bagaimanapun, sekiranya PJS mempunyai kepercayaan yg munasabah (reasonable belief), syak-wasangka atau mengetahui bahawa kandungan dokumen tsbt adalah palsu @ tidak benar, maka di bwh Kaedah 11(2)(e)KKPS, PJS dibenarkan (dan digalakkan) utk menolak dari mengakusumpah SD/Afidavit atau dokumen² tsbt.
Sekiranya ada mana-mana Ahli PESUMA yang diugut untuk dibuat laporan polis dan sebagainya atas dakwaan kononnya berkomplot dengan deponen atas suatu perkara yang kita sendiri tidak ada apa-apa makluman atau pengetahuan berkenaannya, boleh hubungi Biro Undang-Undang PESUMA atau mana-mana Ahli Jawatankuasa PESUMA dengan segera untuk dapatkan nasihat guaman atau tindakan yang selanjutnya.
Kredit to :
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
( Biro Undang-Undang PESUMA )
Monday, 2 February 2026
AKUAN BERKANUN UNTUK KERETA SAMBUNG BAYAR
Ramai di kalangan rakan bertanyakan mengenai perjanjian sambung bayar kenderaan.
Tuesday, 20 May 2025
Tuesday, 29 April 2025
HAD UMUR DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
1. Akta Umur Dewasa (Age of Majority Act) 1971 menetapkan umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun. Ini selaras dgn peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yg mentakrifkan Kanak-Kanak" ialah mereka yg berumur di bawah 18 tahun.
2. Mengikut undang-undang Negara, sesiapa yg berumur di bawah 18 tahun tidak boleh memasuki apa-apa kontrak (perjanjian) dan tidak mempunyai "legal capacity" untuk menyaman atau disaman dalam sesuatu tindakan Sivil.
3. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa di Mahkamah Juvana untuk apa-apa kesalahan jenayah yg dilakukan termasuk kesalahan membunuh, mencuri, merogol dll kesalahan jenayah, cuma perbicaraan & hukumannya adalah tertakluk kpd bidang kuasa Mahkamah Juvana tsbt.
4. Adapun utk tujuan mengikrarkan sesuatu Akuan Sumpah, kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun adalah dibenarkan berbuat demikian dgn syarat dia faham kandungan Akuan Sumpah tsbt dan isi kandungannya tidak memudarat atau memprejudiskan kanak-kanak tsbt.
5. Rasionalnya ialah kerana ia merupakan satu "keterangan @ akuan" dari kanak-kanak tersebut sama seperti kanak-kanak yg menjadi saksi dan memberikan keterangan dalam sesuatu kes di Mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam hal keterangan saksi Kanak-kanak di Mahkamah, Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) mentakrifkan umur Saksi Kanak-kanak" tsbt ialah di bawah 16 tahun .
6. Terdapat beberapa pengecualian berkenaan had umur 18 tahun dlm undang-undang Negara. Sebagai contoh, umur 15 tahun dibenarkan utk bekerja, umur 16 tahun sudah boleh memiliki lesen motor dan juga lesen senjata api (tertakluk kpd kebenaran Ketua Polis Negeri), umur 17 tahun sudah boleh memiliki lesen kereta, yg berumur bawah 18 tahun tidak boleh menentukan agamanya sendiri dan dengan pindaan kpd Perlembagaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 yang lalu, mereka yg berumur 18 tahun telah dibenarkan untuk mengundi (sebelum ini 21 tahun).
7. Dalam hal ehwal perkahwinan pula, tidak ada had umur utk penduduk asal dan pribumi Sabah & Sarawak utk berkahwin, utk non-Muslim yg berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan berkahwin manakala yg berumur 16-17 tahun yg hendak berkahwin, perlu mendapat kebenaran dari Ketua Menteri atau Menteri Besar terlebih dahulu.
8. Bagi org Islam lelaki yg berumur bawah 18 tahun dan perempuan yg berumur bawah 16 tahun yg hendak berkahwin kena mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Mahkamah Syarie terlebih dahulu.
9. Dan dalam kes penjagaan anak (hadhanah) selepas penceraian bagi org Islam, lazimnya hak penjagaan anak lelaki berumur 7 tahun ke bawah dan anak perempuan berumur 9 tahun ke bawah diberi kepada ibunya, tertakluk kepada keadaan dan persekitaran ibunya.
10. Begitulah had-had umur berbeza dalam perkara-perkara tertentu yang termaktub di bawah undang-undang Negara kita sama ada dalam perkara/kes sivil, jenayah ataupun syariah.
Kredit kepada :
Peguam & Pesuruhjaya Sumpah
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzami
Tuesday, 11 March 2025
ADAKAH SEORANG JP (JAKSA PENDAMAI) BOLEH TANDATANGAN BORANG AKUAN
Section 99 Subordinate Courts Act provides that a JP may exercise powers equivalent to a 2nd class magistrate.
Section 2 of the SD Act whereas provides that a magistrate may affirm an SD.
So a JP would be enclothed with jurisdiction to affirm an SD.
terjemahan dalam Bahasa Malaysia ialah :
Seksyen 99 Akta Mahkamah Rendah memperuntukkan bahawa seorang Justice of the Peace (JP) boleh melaksanakan kuasa yang setara dengan Majistret Kelas Kedua.
Sementara itu, Seksyen 2 Akta Akuan Berkanun (Statutory Declarations Act) pula menyatakan bahawa seorang majistret mempunyai kuasa untuk memperakukan (affirm) sesuatu Akuan Berkanun (Statutory Declaration – SD).
Oleh itu, seorang Justice of the Peace (JP) juga mempunyai bidang kuasa untuk memperakukan sesuatu Akuan Berkanun (SD).
Penjelasan ini menyatakan bahawa seorang JP, berdasarkan kuasa yang diberikan oleh undang-undang, boleh bertindak seperti Majistret Kelas Kedua dan dengan itu mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu Akuan Berkanun.
Credit kepada : Peguam Z.J.Kong


%20dan%20Penyempurnaan%20Borang%20DDA%20untuk%20Pesuruhjaya%20Sumpah.jpeg)
