Friday 2 July 2021

FIRMA GUAMAN, PESURUHJAYA SUMPAH DIBENAR BEROPERASI MULAI HARI INI

PETALING JAYA: Perkhidmatan berkaitan guaman, merangkumi firma guaman dan pesuruhjaya sumpah dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Ini susulan kemas kini terbaru oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menukar status sektor berkenaan menjadi perkhidmatan perlu dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Setiausaha Majlis Peguam Shahareen Begum berkata, pihaknya menerima semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri semalam.

“SOP yang sudah dikemas kini itu mengesahkan firma undang-undang diakui sebagai perkhidmatan penting tanpa mengira bidang amalan dan dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 29 Jun (hari ini) tertakluk kepada syarat-syarat,” katanya dalam kenyataan.

Panduan MKN yang dikemas kini pada 28 Jun memaparkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa namun dengan kehadiran kakitangan sokongan dan pengurusan sehingga 60%.

Bagaimanapun, kebenaran untuk beroperasi perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 kendalian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan surat kebenaran boleh dicetak dari portal CIMS jika permohonan diluluskan.

Sebelum ini, firma berkaitan undang-undang diarahkan tutup sepanjang PKP 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

Untuk baca lanjut di pautan bawah :

DIBENAR BEROPERASI DLM PKP 3.0

Tuesday 29 June 2021

KHIDMAT PESURUHJAYA SUMPAH DALAM TEMPOH PKP 3.0 PERLU PERTIMBANGAN KERAJAAN

PETALING JAYA: Persatuan Pesuruhjaya Sumpah Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa kerajaan memberi peluang kepada industri itu meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Hazlin Mohamed berkata, meskipun pesuruhjaya sumpah bukan perkhidmatan perlu, profesion tersebut memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutamanya kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

Sejak PKP dilaksanakan, perkhidmatan ini tidak boleh beroperasi seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum pandemik.

“Bayangkan, purata hampir 30 panggilan diterima oleh kami untuk melakukan pengesahan surat akuan sumpah bagi pelanggan hantar kepada bank dan lain-lain agensi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mereka bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan asalkan perkhidmatan itu dapat diteruskan kepada orang ramai.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa lain membawa perkara ini namun permohonan kami tidak dibenarkan beroperasi,” jelasnya.

Tambah Hazlin, ketika ini, dianggarkan lebih 1,000 pesuruhjaya sumpah terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang terjejas.

“Diharap kerajaan pertimbangkan untuk membenarkan kami beroperasi. Meskipun tidak dibenarkan beroperasi secara penuh sekurang-kurangnya membenarkan kami beroperasi tiga hari seminggu sudah memadai,” katanya. – UTUSAN
Kenyataan penuh di sini :
KENYATAAN AKHAR DALAM UTUSAN MALAYSIA

Sunday 13 June 2021

BAGAIMANA NAK TUNTUT WANG DARI ORANG YANG BERHUTANG DGN KITA DI BAWAH RM5,000

Ya, Anda boleh buat terus dapatkan perintah Mahkamah dengan tuntutan itu kerana ia masih boleh dapatkan perintah di Mahkamah dan nama panggilan tuntutan tersebut adalah "Tuntutan Kecil" (Small Claims)

1) Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes-kes bagi ‘tuntutan kecil’ yang tidak melebihi RM5,000.
2) Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam di Mahkamah Tuntutan Kecil. Walau bagaimanapun, pihak-pihak bebas mendapat khidmat nasihat guaman daripada peguam di luar Mahkamah. Semasa perbicaraan/prosiding, pihak-pihak tidak akan diwakili oleh peguam. Pihak-pihak perlu mengemukakan kesnya sendiri di hadapan Majistret. Kelebihan bagi kes tuntutan kecil ini ialah pihak yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
3) Untuk memfailkan ‘Writ Saman' di Mahkamah Tuntutan Kecil, anda memerlukan BORANG 198 yang mana ianya boleh diperolehi di Mahkamah. FREE JE BORANG NI.. Isi borang tersebut dengan maklumat nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut. Maklumat Defendan, pihak yang dituntut juga perlu disertakan sekali ya. Seterusnya butirkan atau perincikan tuntutan anda di dalam Borang 198 tersebut.
4) Nyatakan apa yang dituntut dan bagaimana tuntutan itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.
5) Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah. Perlu ada 4 salinan dan juga perlu membuat bayaran fi pemfailan.
6) Borang itu akan dimeterai oleh mahkamah dan seterusnya, borang writ itu MESTI diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.
7) Tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu akan ditetapkan. Perbicaraan akan dikendalikan oleh Majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, sediakan segala dokumen yang berkenaan untuk membuktikan kes.
😎
Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa jua perbualan, apa yang dipersetujui akan menjadi bukti keterangan. Jadi segala WhatsApp messages semua, screen shot tauu..
9) Selepas selesai keterangan Plaintif, Defendan pula akan memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, Majistret akan memberi keputusannya.

Wednesday 11 September 2019

TAKRIFAN 'ANAK KELANTAN' YANG LAYAK MEMBELI TANAH DI DALAM NEGERI KELANTAN

Berdasarkan arahan Pengarah Tanah dan Galian, Kelantan, Bilangan 4 Tahun 1998;
Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-
 
1 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu

2 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam

3 - Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan

4 - Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan

5 - Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
 
Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

Tuesday 6 March 2018

TERBARU !!! KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 2018 TELAH DWARTAKAN

ALHAMDULILAH, ALHAMDULILLLAH, ALHAMDULILLAH


Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 yang terbaharu telah diwartakan bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 ini mula berkuatkuasa mulai 1 Mac 2018.
 
Bersama ini dilampirkan sesalinan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 yang telah diwartakan untuk perhatian dan makluman umum.

Untuk memuat-turun dokumen Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 tersebut, sila ikuti melalui pautan di bawah :

Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 


Antara perubahan ketara dalam KKPS 2018 dibandingkan KKPS 1993 ini ialah :

1) Kadar fi yang dilevikan melalui Kaedah 17 yang dikutip dan disimpan sebagaimana dalam Jadual Kedua adalah sebanyak RM10. Namun begitu, fi ini tidak terpakai kepada Akuan Berkanun yang dibuat di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 yang masih kekal pada kadar RM4. Pertambahan perkara 5 dan 6 di bawah Jadual Kedua adalah bertujuan untuk menyediakan peruntukan fi bagi dokumen selain Akuan Berkanun yang mana Pesuruhjaya Sumpah adalah diberi kuasa di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain untuk menandatanganinya, sebagai contoh dokumen penyaksian seperti surat kuasa wakil, borang DDA dan sebagainya. 



Fi yang dilevikan untuk perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia sebelum ini sebanyak RM4 telah dikuatkuasakan semenjak dari tahun 1968 lagi. Selepas genap 50 tahun baru dapat kenaikan Fi. Alhamdulillah !!!

pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah pesuruhjaya sumpah
pesuruhjaya sumpah

Monday 15 January 2018

KADAR DUTI SETEM UNTUK SEWAAN PREMIS

Antara akuan sumpah yang sering diterima oleh Pesuruhjaya Sumpah ialah akuan sumpah berkanun untuk Perjanjian Sewaan Rumah atau Lot Kedai. Bagi mengesahkan lagi perjanjian tersebut serta mematuhi dan menepati Perlembagaan Malaysia, setem hasil hendaklah dikenakan ke atas dokumen perjanjian tersebut.
 
Untuk memudahkan rujukan kepada Pesuruhjaya Sumpah bagi menasihati pelanggan masing-masing kadar setem hasil yang perlu dibayar kepada Kerajaan Malaysia, maka di bawah ini saya sertakan Fi atau Caj setem hasil yang perlu disediakan :
 

 

Wednesday 29 November 2017

PERMOHONAN PENGESAHAN KENDERAAAN MALAYSIA KE THAILAND

Pesanan mesra pelanggan kepada semua pengguna kereta yang ingin memasuki negara Thailand, khususnya bagi mereka yang memandu kenderaan yang bukan milik atas nama sendiri, perlulah membuat Akuan Berkanun kebenaran membawa kereta dari Pemilik terlebih dahulu. Syarat ini dikenakan oleh kerajaan Negara Thailand untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku di negara jiran tersebut.