Soksek-soksek yang hamba dengar dari rakan di bilik sebelah ada berbisik beritahu bahawa BUKU DAFTAR Pesuruhjaya Sumpah dari kalangan Awam dan Persendirian akan dibuat semakan pada 11 SEPTEMBER , 2017 bersamaan dengan HARI ISNIN minggu depan.
Sebagaimana dalam KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993, dalam Perkara 14. Penyenggaraan daftar, ada disebut bahawa :
14.(1) Seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menyenggara suatu daftar yang dalamnya hendaklah direkodkan butir-butir perkhidmatan yang telah diberikannya termasuk semua ikrar, akuan, akuterimaan, afidavit dan suratcara lain yang padanya Pesuruhjaya itu telah meletakkan meterainya. Daftar itu hendaklah seperti dalam Borang 7.
Justeru, hamba nak berkongsi berita gumbira ini kepada seluruh sahabat Pesuruhjaya Sumpah khususnya di Negeri Sembilan, nak berpesan supaya membuat persediaan awal dengan memastikan BUKU DAFTAR tersebut disenggara dengan tertib, kemas, jelas dan betul. Buku Daftar inilah nanti akan jadi bukti kukuh bahawa deponen telah benar-benar hadir di hadapan seseorang Pesuruhjaya Sumpah
Kerana antara lain maklumat yang perlu dikemukakan juga ialah :
( 1 ) Buku Daftar tahun 2016 dan 2017.
( 2 ) Contoh Cop Meterai dan Cop Alamat
( 3 ) Contoh Tanda Nama (Fotostat)
( 4 ) Salinn Sijil Pesuruhjaya Sumpah
( 5 ) Penyata Pendapatan Tahunan 2016
Pesanan mesra ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi sekadar untuk buka minda dan celik hati kepada orang ramai yang mengambil mudah juga kepada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang tidak menerima maklumat ini.