Tuesday, 29 April 2025

HAD UMUR DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

1.    Akta Umur Dewasa (Age of Majority Act) 1971 menetapkan umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun. Ini selaras dgn peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yg mentakrifkan Kanak-Kanak" ialah mereka yg berumur di bawah 18 tahun.


2.    Mengikut undang-undang Negara, sesiapa yg berumur di bawah 18 tahun tidak boleh memasuki apa-apa  kontrak (perjanjian) dan tidak mempunyai "legal capacity" untuk menyaman atau disaman dalam sesuatu tindakan Sivil. 


3.    Walau bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa di Mahkamah Juvana untuk apa-apa kesalahan jenayah yg dilakukan termasuk kesalahan membunuh, mencuri, merogol dll kesalahan jenayah, cuma perbicaraan &  hukumannya adalah tertakluk kpd bidang kuasa Mahkamah Juvana tsbt.


4.    Adapun utk tujuan mengikrarkan sesuatu Akuan Sumpah, kanak-kanak yang berumur di bawah  18 tahun adalah dibenarkan berbuat demikian dgn syarat dia faham kandungan Akuan Sumpah tsbt dan isi kandungannya tidak memudarat atau memprejudiskan kanak-kanak tsbt. 


5.    Rasionalnya ialah kerana ia merupakan satu "keterangan @ akuan" dari kanak-kanak tersebut sama seperti kanak-kanak yg menjadi saksi dan memberikan keterangan dalam sesuatu kes di Mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam hal keterangan saksi Kanak-kanak di Mahkamah, Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) mentakrifkan umur Saksi Kanak-kanak" tsbt ialah di bawah 16 tahun .


6.    Terdapat beberapa pengecualian berkenaan had umur 18 tahun dlm undang-undang Negara. Sebagai contoh, umur 15 tahun dibenarkan utk bekerja, umur 16 tahun sudah boleh memiliki lesen motor dan juga lesen senjata api (tertakluk kpd kebenaran Ketua Polis Negeri), umur 17 tahun sudah boleh memiliki lesen kereta, yg berumur bawah 18 tahun tidak boleh menentukan agamanya sendiri dan dengan pindaan kpd Perlembagaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 yang lalu, mereka yg berumur 18 tahun telah dibenarkan untuk mengundi (sebelum ini 21 tahun).


7.    Dalam  hal ehwal perkahwinan pula, tidak ada had umur utk penduduk asal dan pribumi  Sabah & Sarawak utk berkahwin, utk non-Muslim yg berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan berkahwin manakala yg berumur 16-17 tahun yg hendak berkahwin, perlu mendapat kebenaran dari Ketua Menteri atau Menteri Besar terlebih dahulu.


8.    Bagi org Islam lelaki yg berumur bawah 18 tahun dan perempuan yg berumur bawah 16 tahun yg hendak berkahwin  kena mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Mahkamah Syarie terlebih dahulu. 


9.    Dan dalam kes penjagaan anak (hadhanah) selepas penceraian bagi org Islam, lazimnya hak penjagaan anak lelaki berumur 7 tahun ke bawah dan anak perempuan berumur 9 tahun ke bawah diberi kepada ibunya, tertakluk kepada keadaan dan persekitaran ibunya.


10.    Begitulah had-had umur berbeza dalam perkara-perkara tertentu yang termaktub di bawah undang-undang Negara kita sama ada dalam perkara/kes sivil, jenayah ataupun syariah.


Kredit kepada :

Peguam & Pesuruhjaya Sumpah
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzami