PESURUHJAYA SUMPAH PASIR MAS KELANTAN
mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa2 affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah Civil dan Syari'ah.
Tuesday, 20 May 2025
Tuesday, 29 April 2025
HAD UMUR DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
1. Akta Umur Dewasa (Age of Majority Act) 1971 menetapkan umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun. Ini selaras dgn peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yg mentakrifkan Kanak-Kanak" ialah mereka yg berumur di bawah 18 tahun.
2. Mengikut undang-undang Negara, sesiapa yg berumur di bawah 18 tahun tidak boleh memasuki apa-apa kontrak (perjanjian) dan tidak mempunyai "legal capacity" untuk menyaman atau disaman dalam sesuatu tindakan Sivil.
3. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh didakwa di Mahkamah Juvana untuk apa-apa kesalahan jenayah yg dilakukan termasuk kesalahan membunuh, mencuri, merogol dll kesalahan jenayah, cuma perbicaraan & hukumannya adalah tertakluk kpd bidang kuasa Mahkamah Juvana tsbt.
4. Adapun utk tujuan mengikrarkan sesuatu Akuan Sumpah, kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun adalah dibenarkan berbuat demikian dgn syarat dia faham kandungan Akuan Sumpah tsbt dan isi kandungannya tidak memudarat atau memprejudiskan kanak-kanak tsbt.
5. Rasionalnya ialah kerana ia merupakan satu "keterangan @ akuan" dari kanak-kanak tersebut sama seperti kanak-kanak yg menjadi saksi dan memberikan keterangan dalam sesuatu kes di Mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam hal keterangan saksi Kanak-kanak di Mahkamah, Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) mentakrifkan umur Saksi Kanak-kanak" tsbt ialah di bawah 16 tahun .
6. Terdapat beberapa pengecualian berkenaan had umur 18 tahun dlm undang-undang Negara. Sebagai contoh, umur 15 tahun dibenarkan utk bekerja, umur 16 tahun sudah boleh memiliki lesen motor dan juga lesen senjata api (tertakluk kpd kebenaran Ketua Polis Negeri), umur 17 tahun sudah boleh memiliki lesen kereta, yg berumur bawah 18 tahun tidak boleh menentukan agamanya sendiri dan dengan pindaan kpd Perlembagaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 yang lalu, mereka yg berumur 18 tahun telah dibenarkan untuk mengundi (sebelum ini 21 tahun).
7. Dalam hal ehwal perkahwinan pula, tidak ada had umur utk penduduk asal dan pribumi Sabah & Sarawak utk berkahwin, utk non-Muslim yg berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan berkahwin manakala yg berumur 16-17 tahun yg hendak berkahwin, perlu mendapat kebenaran dari Ketua Menteri atau Menteri Besar terlebih dahulu.
8. Bagi org Islam lelaki yg berumur bawah 18 tahun dan perempuan yg berumur bawah 16 tahun yg hendak berkahwin kena mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Mahkamah Syarie terlebih dahulu.
9. Dan dalam kes penjagaan anak (hadhanah) selepas penceraian bagi org Islam, lazimnya hak penjagaan anak lelaki berumur 7 tahun ke bawah dan anak perempuan berumur 9 tahun ke bawah diberi kepada ibunya, tertakluk kepada keadaan dan persekitaran ibunya.
10. Begitulah had-had umur berbeza dalam perkara-perkara tertentu yang termaktub di bawah undang-undang Negara kita sama ada dalam perkara/kes sivil, jenayah ataupun syariah.
Kredit kepada :
Peguam & Pesuruhjaya Sumpah
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzami
Tuesday, 11 March 2025
ADAKAH SEORANG JP (JAKSA PENDAMAI) BOLEH TANDATANGAN BORANG AKUAN
Section 99 Subordinate Courts Act provides that a JP may exercise powers equivalent to a 2nd class magistrate.
Section 2 of the SD Act whereas provides that a magistrate may affirm an SD.
So a JP would be enclothed with jurisdiction to affirm an SD.
terjemahan dalam Bahasa Malaysia ialah :
Seksyen 99 Akta Mahkamah Rendah memperuntukkan bahawa seorang Justice of the Peace (JP) boleh melaksanakan kuasa yang setara dengan Majistret Kelas Kedua.
Sementara itu, Seksyen 2 Akta Akuan Berkanun (Statutory Declarations Act) pula menyatakan bahawa seorang majistret mempunyai kuasa untuk memperakukan (affirm) sesuatu Akuan Berkanun (Statutory Declaration – SD).
Oleh itu, seorang Justice of the Peace (JP) juga mempunyai bidang kuasa untuk memperakukan sesuatu Akuan Berkanun (SD).
Penjelasan ini menyatakan bahawa seorang JP, berdasarkan kuasa yang diberikan oleh undang-undang, boleh bertindak seperti Majistret Kelas Kedua dan dengan itu mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu Akuan Berkanun.
Credit kepada : Peguam Z.J.Kong
Wednesday, 11 December 2024
Tuesday, 26 November 2024
Monday, 25 November 2024
Tuesday, 19 November 2024
BUKU DAFTAR. BAGAIMANA KALAU ADA PIHAK KETIGA YANG HENDAK MELIHAT BUKU DAFTAR PESURUHJAYA SUMPAH
Assaklamu'alaikum & Salam Sejahtera kpd semua sahabat PJS
1) Ingatan mesra kepada sahabat² PJS sekalian. Sekiranya ada mana² pihak (Peguam, PDRM, SPRM, LHDN dsbnya) yg minta Buku Daftar kita berkenaan sesuatu perkara atau kes yg sedang mereka kendalikan atau sedang dalam siasatan, pastikan mereka mohon secara rasmi & bertulis dgn menyatakan :-
a) Tujuan permohonan tsbt, sama ada terdapat tuntutan @ kes yg sedang dibicarakan di Mahkamah berkaitan dgn Dokumen yg diakusumpah tsbt atau berkaitan dgn Deponen yg hadir utk mendapatkan cop sumpah tsbt ;
b) Jika ada laporan polis dibuat berkenaan dokumen atau deponen tersebut, minta dilampirkan sekali police report tsbt ; dan
c) Tarikh spesifik atau nama deponen yg mengikrarkan dokumen tsbt utk rujukan di Buku Daftar kita.
2) Ini penting untuk rekod kita jika diminta atau dipersoalkan oleh mana² pihak kelak.
3) Selain UPJS, kita tidak boleh menyerahkan Buku Daftar atau mana² salinan daripadanya kepada mana² pihak lain kerana ia melibatkan "personal informations" org lain yg tertakluk di bwh PDPA.
4) Tetapi sekiranya ia diperlukan utk tujuan² rasmi seperti yg disebut di atas, adalah menjadi tanggungjawab kita utk membantu (to assist) setakat yg dibenarkan, kerana jika kita tidak berkerjasama, dibimbangi kita boleh dianggap sebagai menghalang urusan penjawat awam, Mahkamah atau pihak² berwajib yg lain dan tidak dianggap sebagai "obstruction to justice @ judicial system" .
5) Walaupun secara amnya PJS tidak seperti Peguam yg terikat dgn confidentiality atas dasar "Solicitors -Client relationship", saya berpandangan adalah amat wajar utk kita mengambil sikap berhati² dan amanah atas segala butiran yg ada dalam Buku Daftar tersebut bagi mengelakkan sebarang perlanggaran "privacy/personal information" deponen² kita kepada pihak lain ataupun boleh digunakan utk tujuan² lain yg tidak baik.
Harap dapat membantu.
Terima kasih.
Kredit kepada Peguam / PJS Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi, Kuala Lumpur